Monday, March 22, 2010

To LoVe YoU mOrE

Kenapa wanita sering disakiti? Dilukai hanya kerna ego seorang lelaki? Jika itu sering terjadi, ternyata aku semakin takut mendalami erti cinta yang sebenar. Melihat penderitaan yang dialami oleh rakanku hanya kerna ego seorang lelaki menyebabkan aku semakin takut. Entah kenapa timbul rasa geram dalam hati ini melihat rakanku diperlaku sebegitu rupa. Hakikatnya wanita dianggap bahan uji kaji bagi seorang lelaki yang ingin mengenal rasa cinta yang sebenarnya.
Hari ini, aku bertemu denganya. Lately,aku asyik terserempak dengan Prince V. Mungkin doaku dimakbulkan Allah untuk bertemu dengannya buat kali terakhir. Pertemuan kali ini membuatkan hati aku terusik, ditambah pula kata-kata menyentuh hati dari rakanku, Lai. Air mataku menitis perlahan-lahan tanpa aku sedari. Segala kenangan kembali menghantui mindaku. Tanpa kuduga, sudah hampir setahun lebih aku mengenali insan yang bernama Prince V. Ternyata kedatangannya memberi impak yang mendalam dalam diri ini. Dialah insan pertama yang memberi kenangan terindah untukku dalam Uitm ini.
Prince V, aku tidak pernah sekali aku terfikir untuk jatuh cinta selepas aku dikecewakan Prince N. Namun hati ini begitu rapuh, mendengar namamu membuatkan diriku tidak senang duduk. Bertemu denganmu membuatkan lidah aku terkelu. Hanya Allah saja yang tahu, apa yang bermain di fikiran ku. Seringkali,aku berdoa agar aku dapat melupakan dirimu, namun aku tidak berdaya. Apabila aku keseorangan, segala memoriku bersamamu datang tanpa kusedari. Aku cuba menyibukkan diriku dengan kerja-kerja kampus. Ia berhasil Cuma untuk sementara waktu. Apabila kututup mataku, minda ku melayang –layang, memikirkan jika diri ini ditakdirkan bersamamu. Kekadang aku bermimpi, tentang kita berdua.
Walaupun ramai rakanku tidak menyokong tindakan aku ini. Aku akan tetap memikirkan dirimu. Biarlah masa menentukan segalanya. Mungkin dengan kehadiran orang baru, aku akan melupakanmu, mungkin tidak…
Don't go you know you will break my heart
She won't love you like I will
I'm the one who'll stay
When she walks away
And you know I'll be standing here still

I'll be waiting for you
Here inside my heart
I'm the one who wants to love you more
You will see I can give you
Everything you need
Let me be the one to love you more

No comments:

Post a Comment