Aku baru selesai menonton cite Ketika Cinta Bertasbih… Subhanallah…betapa indah sungguh garapan filem tersebut… Walaupun tidak menampilkan pelakon2 yang popular dari seberang namun penceritaannya sungguh menyentuh jiwaku… Setiap bait2 perkataan yang ingin disampaikan dan ingin kita hayati membuatkan kita lebih sedar akan erti cinta yang sebenar…
Cinta tidak perlu dicari…kerna ia akan hadir dengan sendiri… Sbg umat Islam, kita harus percaya akn tertulisnya jodoh kita di Luh Mahfuz… Percintaan Anna dan Khairul Azzam merupakan cinta yang sejati…Cinta pandangan pertama…mulanya mungkin mereka dikatakan tidak mempunyai jodoh namun atas dasar percaya akan takdir Allah, mereka disatukan setelah menempuhi pelbagai dugaan…. Ya Allah betapa hebatnya ujian yang Kau berikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal solleh… Filem ini Berjaya membuatkan air mataku menitis membasahi bumi…
Terbit rasa di hati ini untuk mencari cinta sebegini…Cinta yang diredhai Allah.... Aku percaya setiap manusia ada pasangannya masing2… Setiap perjalanan hidup ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T…dan aku percaya jika aku sentiasa berdoa, insya allah jodohku akan tiba….
No comments:
Post a Comment